Wedding Zikriah & Gathering alumni UniKL MFI @ Kuantan 2012

Alhamdulillah! dapat menghadiri majlis perkahwinan Zikriah 15 Sept 2012 di Kuantan, Pahang. Beliau bekas siswi UniKL MFI yang banyak membantu diri ini dalam menjalankan tugas semasa berkhidmat di sana. Kebetulan, suami beliau alumni MMU juga. Tak sangka kan. dunia kecil. dah jodoh.

Bila hadir majlis ini, dapat juga jumpa bekas pelajar lain juga. Mereka antara kumpulan pelajar yang sedia membantu dalam pelbagai perkara. Kini masing-masing ada yang sambung belajar, bekerja mahupun bekeluarga.

kami sekeluarga bersama buya, mama dan pasangan pengantin
bersama bekas mahasiswa/i UniKL MFI yang membantu diri ini dulu
berbual-bual tentang perkembangan masing-masing
zikriah dan suaminya. 

Selepas majlis itu, kami berkunjung ke rumah sepupu buya yang juga tinggal di Kuantan juga. Dulu berkhidmat bersama TUDM. Beliua terlibat dalam penyelenggaraan jet pejuang MIG 29 TUDM dan berkursus di USA. Beliau, kini mengusahakan warung kecil dihadapan rumah sendiri. 

Khalif main kuda kayu ye
kami sekeluarga dan keluarga sepupu buya sekali dengan najiha dan muhammad

Lepas tu, kami pulang ke Kuala Pilah, melalui muadzam. Hingga jumpa lagi. Bye

Comments

Popular posts from this blog

Hari 1 : Travelling ke Medan Indonesia 2024 Yang Indah

Kenduri kahwin Solihin,@ Baling, Kedah & Jalan-jalan ke Ipoh, Perak

Eidul Fitri 2014 @ Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah, Negeri Sembilan