Shasha's Weddding & Family Time Out @ Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor
Pada 8-12 September 2014, sepanjang
minggu yang lalu, diri ini telah menghadiri SIRIM Lead Assessor Course
ISO 9001 : 2008 di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor. Akhirnya, pada
12 Sept 2014n (Jumaat) malamnya, berkesempatan menghadiri majlis
pernikahan Shasha, sepupuku di Jalan Kristal, Seksyen 7, Shah Alam.
Emma, isteriku dan khalif menyusul kemudian ke rumah. Majlis bermula
selepas solat isyak. Sungguh meriah!. Alhamdulillah, majlis nikah
berjalan lancar. Diri ini sibuk, melayan khalif sambil bergambar di
pelamin pengantin. Hahaha, saja rasa.. Keluarga dari Singapura, mahupun
Kuala Lumpur, termasuk kenalan, serta jiran tetangga hadir, memeriahkan
majlis pernikahan malam itu.
Esoknya,
13 Sept 2014, jam 2.00 petang, kembali untuk check-in, bersama
keluarga. Dari tingkap bilik, terlihat jelas kubah Masjid Sultan
Salahuddin yang indah. Lepas tu kami turun menuju ke Plaza Masalam,
untuk makan tengahari. Jam 3.00 petang, Hassan sekeluarga, sampai ke
hotel. Tujuan kami adalah satu : mandi swimming pool semahunya
ramai-ramai. Nanti, malamnya, ada acara majlis makan malam persandingan
Shasha di Grandball Room, hotel tersebut. Petang itu, kami menghabiskan
masa mandi-manda sambil berbual-bual panjang. Mak ada juga.
Khalif
sibuk mengikuti shasha mandi di kolam. Cuba berenang dengan tangan,
kaki jejas di lantai kolam. Takpe, janji main air. Sufi, pun seronok
main cuit-cuit air. Hassan, hanya lepak santai di kerusi malas sambil
relaks. Best, rasanya, bila melihat awan yang indah, waktu petang, bila
diri terapung-apung di kolam. Hampir maghrib, kembali ke bilik
bersiap-siap untuk majlis makan malam.
Majlis makan malam itu, dialuni dengan nyanyian nasyid, gamelan dan tayangan montaj pasangan. Gelak tawa, berbual-bual kami mengisi keriuhan majlis. Diri ini, sibuk mengejar khalif diluar dewan dan juga aktif bermain di bilik permainan yang sedia pihak hotel. Seronok jadi budak kan!. Dunia ini milik mereka. Buat apa sahaja, tapi fikir apa-apa.
Malam
tersebut ditutup dengan sesi bergambar beramai-ramai kaum keluarga dari
Singapura mahupun Kuala Lumpur. Best!. Kembali ke bilik terus tidur.
Esok
jam 7.30 pagi sudah berada di coffee house untuk sarapan pagi. Nenek
dan mak ngah, rose sedang sarapan pagi juga. Kemudian, cik anor dan
uncle razak turut serta. Kami berbual-bual tentang pelbagai perkara
tentang hidup. Tak lama selepas itu, emma, isteriku dan khalif datang
dan bersarapan sama. Family Day Kathan Clan akan menyusul tidak lama
lagi. uncle razak harap, kami sekeluarga dapat ikut sertai. InsyaAllah,
kali ini kami akan ikut. Maklumlah asyik tak berkesempatan aje. Kami
check-out jam 12.00 tengahari dan lunch. Jam 5.00 petang sampai
rumah.
Comments
Post a Comment