Family Time Out @ Perak, Thailand & Penang 2014
Singgah di jeti sungai kuala kangsar sekejap.
Makan tengahari di Restoren Tasik Raban, Perak.
Khalif terpaku tengok video klip lagu Hanana yang dijual kawasan restoren tu. Suka betul..dia. Singgah ke Kg. Geluk, Lenggong, sekejap. Beli juga VCD tu
Singgah rumah saudara. Kemudian ke klinik ambil ubat di pekan lenggong.
Nasib baik ada panel klinik. Mudah urusan.
Seterusnya, kami ke Pangkalan Hulu, Perak dan menginap rumah saudara.
Esoknya. kami ke Betong, Thailand. Beli baju, beras dan lain-lain.
Seterusnya, kami ke Bukit Bendera, Pulau Pinang. Indah. Dapat lihat Penang dari jauh
Kawasan sekitar Bukit Bendera.
Solat di Masjid Bukit Bendera.
Selepas itu, kami ke Lumut, Perak, menginap semalam.
Esoknya, kami ke Pulau Pangkor, Perak. Jalan-jalan dan makan-makan.
Dalam feri ke P. Pangkor, Perak
Kami pusing-pusing kemudian, ke Pantai Teluk Nipah, P. Pangkor.
Sambil jalan-jalan, makan di pantai tu
Sempat juga kami ke Kota Belanda juga. Tempat menyimpan bijih yang diambil Belanda.
Kemudian, kami ke Muzium P. Pangkor. Melihat warisan sejarah. Perjanjian
Pangkor dibuat di sini.
Ia tanda bermulanya penjajahan negara asing ke
negara ini.
Selepas itu, kami ke jeti petang itu untuk ke Lumut. Selepas itu, menuju ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Banyak lokasi yang dilawati. Belajar tentang sejarah dan pelbagai perkara.
Comments
Post a Comment