Kenduri kahwin Solihin,@ Baling, Kedah & Jalan-jalan ke Ipoh, Perak

Alhamdulillah,

Pada 25 Mac 2017, kami dapat hadir kenduri kahwin Solihin di Kg Bechah Sawa, Baling, Kedah dengan Buya, mama dan adik mat.

Solihin, saudaraku sebelah isteri. Anak saudara Buya, anak kepada mak lang, adik perempuan Buya yang tinggal di Lenggong, Perak.

Kami bermalam semalam di Green House Homestay, di Baling, Kedah.


Majlis nikah di masjid Kg. Bechah Sawa, Baling, Kedah 

Majlis nikah Solihin diadakan waktu petang, lepas solat Asar. Memang mudah dan simple aje. Sebelum itu, ada pasangan pengantin lain yang juga bernikah sebelum Solihin. So, kami tunggu jap.





Suasana majlis nikah Solihin


Isteriku dan mama.


Sah, Suami-isteri. Gembira!. 


geng kawan-kawan polis sekerja dan abang Solihin 

Ok, selesai majlis nikah petang tu, kami singgah minum petang di rumah pengantin perempuan. Kemudian, kami balik homestay untuk siap-siap untuk sertai majlis doa selamat pada waktu malam nanti. 


kami sampai parking kereta dan jalan sikit menuju rumah pengantin perempuan untuk majlis doa selamat 


Doa selamat bersama penduduk kampung 

Alhamdulillah, makan best. Kenyang. Lepas tu, kami balik homestay untuk rehat. Esok hari penting untuk Solihin, pengantin. 

Ok, esok jam 12.00 petang, kami mula bergerak dari homestay menuju ke majlis perkahwinan. Ramai-ramai berkereta. Best kan. Then, parking kereta kat masjid dan berarak, ramai-ramai ke majlis resepsi perkahwinan pengantin perempuan. 


Kami bersama rombongan pengantin lelaki, berarak ke majlis resepi kenduri kahwin pengantin perempuan. Masa tu panas terik. 


Segakkan Solihin dengan pasangannya. Maklumlah abang polis 'sado'  
Beliau bertugas di Balai Polis  Seri Petaling, Selangor. 


gambar kami beramai-ramai dengan pengantin. Terbaik 

Selepas majlis selesai, kami bergerak menuju ke Ipoh. Bermalam di rumah pakcik Zawawi di Ipoh untuk 1 malam.


Wow, tengok ni, cantik kan bilik ini 

Bila kami sampai kat rumah pakcik Zawawi, sepupu Buya, kami terus siap-siap untuk keluar makan malam di Johan Seafood & Tomyam. 


Makan malam kami di Ipoh 

Sambil makan-makan, kami berbual tentang macam-macam. Saling kenal- mengenali sesama kita. Yelah, bukan selalu ada peluang jumpa kan. Lepas tu, kami balik rumah dan rehat. 


Yang lain-lain, terus tidur tapi aku, dan Buya berborak-borak sampai jam 3.00 pagi. Best!. Pakcik zawawi layan aje. Bila mengantuk, barulah kita tidur. 


Esoknya, pakcik Zawawi dan auntie  Zaharah ajak kami sarapan pagi di luar. Tempat best!. Sarapan pagi sebelum balik Semenyih.  

Terima kasih Pakcik zawawi dan auntie zaharah, atas layanan yang sangat mesra, dan terbaik. Nanti kami datang lagi ye. 

Akhirnya, jam 3.00 petang, selamat sampai rumah. Buya dan mama terus balik Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Alhamdullillah. 

Comments

Popular posts from this blog

Hari 1 : Travelling ke Medan Indonesia 2024 Yang Indah

Eidul Fitri 2014 @ Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah, Negeri Sembilan