Family Time Out @ Selesa Resort, Bukit Tinggi, Pahang
Tahun lepas, kami sambut Merdeka dengan cara berbeza. Pada 31 Ogos 2013, kami telah menginap di Selesa Resort, Bukit Tinggi, Pahang. Ia terletak kawasan berbukit, kira-kira 35 minit memandu daripada Kuala Lumpur dan 20 minit memandu dari Genting Highland.
Apartment kami dilengkapi dengan bilik air-cond, ruang tamu dan dapur yang asas, Coffee house menghidangkan makanan yang secara buffet kepada semua. Selain itu, ia mempunyai outdoor swimming pool yang besar termasuk swimming pool untuk kanak-kanak. Seperti biasa, aktiviti main kolam menjadi rutin kami.
Dari swimming pool, jelas lebuh raya Kl-Karak dari pandangan jauh. Ramai, keluarga yang menginap di sini mengambil kesempatan cuti yang ada, bersama keluarga. Pada masa sama, ada kumpulan syarikat yang mengadakan team-building disini.
Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!
Merdeka!. Merdeka! Merdeka
Comments
Post a Comment