Time Out @ Bali, Indonesia

Menghabiskan masa bersama Emma, isteri tercinta di Bali, Indonesia adalah sesuatu yang kita nanti-nantikan. 11-14 Jun 2014 merakam kenangan yang indah buat kami berdua. Kereta park di Terminal Bas Putrajaya dan ambil ERL ke KLIA2.

Sebelum tu, sarapan dulu
Bersama isteri dalam train ERL ke KLIA2


Kami sampai ke KLIA2 yang besar dan cantik. Sibuk manusia untuk berlepas ke pelbagai lokasi.
Kami berlepas di KLIA 2, bersama Air Asia, flight no AK378 jam 3.45 petang.
sampai jam 6.45 petang di Ngurah Rai International Airport, Denpasar, Bali, Indonesia.
 
Ia adalah airport yang baru, cantik dan canggih. Corak di sana-sini mencerminkan budaya masyarakat Bali
Suasana di dalam airport

Sdr Arif yang menunggu kami terus membawa kami ke tempat makan malam sebelum check-in.

Kami makan di Restoren Ayam Lunak Molioborok, Kuta. 
Ayam yang lembut dan enak sekali bersama dengan sambal pedas yang best. 


 Kami check-in  di  Kupu-Kupu 39, Jl, Wana Segara, Gang Handayani No 11, Kuta, Bali. Ia adalah hotel harga patut dan terkenal di kalangan pelancong (backpackers) yang datang ke Bali.
 Selepas itu, kami tidur untuk aktiviti esok. Jam 8.30 pagi. 

 Ini keadaan tempat penginapan kami diwaktu siang. Ok kan

Kami bangun awal dan bersiap-siap untuk aktiviti pagi untuk sarapan pagi. Penginapan ini, dimiliki oleh pasangan suami isteri. Isteri merupakan warga Jepun dan suami adalah warga tempatan.

Sambil berjalan-jalan di luar, kami lihat rumah-rumah saling berdekatan antara satu sama lain. Diluar jalan ada hotel penginapan  di sana sini.


Hari Kedua

Kami menikmati sarapan pagi di Warung Muslim Surabaya sambil melihat kehidupan biasa masyarakat bali. Sibuk ke sana kemari. Ada ke sekolah, tempat pekerjaan dan sebagainya. Kami melawat beberapa tempat-tempat yang menarik
Tarian kebudayaan Bali
Tempat pembuatan lukisan,
Galeri Seni
Gunung Batur, Kintamani
Makan siang di Restoren Suling
Melawat ladang kopi.
Minum kopi sambil santai
Membeli Kopi
Senja  di Pantai Kelan, Teluk Jimbaran, Bali
Makan malam kami di Pantai Kelan, Teluk Jimbaran, Bali

Hari Ketiga
 Jalan-jalan sekitar kuta
Kami kembali semula dengan pada 14 Jun 2014, 
dengan penerbangan Air Asia, QZ550 jam 7.00 pagi.

Banyak lagi lokasi yang dilawati, tapi tak sempat dirakam dengan gambar aje. Yang pasti, percutian yang best!

Comments

Popular posts from this blog

Hari 1 : Travelling ke Medan Indonesia 2024 Yang Indah

Kenduri kahwin Solihin,@ Baling, Kedah & Jalan-jalan ke Ipoh, Perak

Eidul Fitri 2014 @ Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah, Negeri Sembilan