Hari 1 : Travelling ke Medan Indonesia 2024 Yang Indah
Alhamdulillah.
Setelah sekian lama tidak ke luar negara sejak kali terakhir ke Pulai Koh Lipe, Thailand pada Dis 2019 setelah itu Covid selama hampir 3 tahun. Akhir kami dapat berwisata bersama keluarga ke Medan pada 17-20 September 2024 baru-baru ini. Pengalaman kali pertama yang indah. Pelbagai tempat menarik dapat dilawati serta menikmati keindahan alam, makanan dan suasana masyarakat yang unik.
Berikut adalah cadangan awal jadual perjalanan dengan aktiviti riadah yang berpatutan untuk perjalanan ke Medan, Indonesia, dari 17-20 September 2024:
17 September 2024:
- 5:00 pm: Ketibaan di Lapangan Terbang Medan
- Check-in: Kama Hotel, Medan
- Makan Malam: Cuba makanan tempatan di Merdeka Walk, sebuah pusat makanan popular dengan pelbagai hidangan Indonesia.
- Aktiviti Malam:
- Berjalan-jalan di sekitar Tjong A Fie Mansion untuk mengetahui sejarah Medan.
- Kunjungi Tip Top Restaurant untuk pencuci mulut, tempat bersejarah yang terkenal dengan kek dan pastri.
18 September 2024:
- Sarapan: Di Kama Hotel Medan
- 7:30 WIB: Lawatan ke Danau Toba
- Aktiviti di Danau Toba:
- Naik bot di tasik.
- Lawati Pulau Samosir dan terokai kampung tradisional Batak.
- Nikmati pemandangan indah dan bersantai di tepi tasik.
19 September 2024:
- Sarapan: Di Kama Hotel Medan
- 9:00 am - 12:00 pm: Kuliah di Universitas Muhammadiyyah Sumatera Utara (UMSU)
- 12:00 pm ke atas:
- Makan Tengah Hari: Cuba masakan tempatan di Warung Kopi Srikandi.
- Aktiviti Petang:
- Lawati Istana Maimun untuk mengetahui tentang Kesultanan Deli.
- Terokai Masjid Raya Al-Mashun, sebuah masjid yang cantik dan bersejarah.
- Berjalan-jalan di Taman Ahmad Yani, sebuah taman yang nyaman untuk bersantai.
20 September 2024:
- Sarapan: Di Kama Hotel Medan
- Aktiviti Pagi:
- Lawati Muzium & Galeri Hidupan Liar Antarabangsa Rahmat, yang mempunyai koleksi haiwan awetan.
- Terokai Medan Mall untuk membeli-belah dan cenderamata tempatan.
- 12:00 pm: Check-out
- Makan Tengah Hari:
- Cuba Soto Kesawan untuk merasai sup tradisional Medan.
- Aktiviti Petang:
- Lawati Dewan Bandaraya Medan untuk seni bina kolonialnya.
- Terokai Kesawan Square untuk membeli-belah ringan dan makanan ringan tempatan.
- 8:00 pm: Check-in di Lapangan Terbang Medan
- 9:45 pm: Berlepas dari Medan
- 11:55 pm: Ketibaan di KLIA
Aktiviti-aktiviti ini menyediakan pengalaman budaya, tempat bersejarah, dan rehat, semuanya dengan kos yang berpatutan. Selamat menikmati perjalanan anda!
Tapi selepas tiba di sana, kami buat perubahan aktiviti, destinasi dan sebagainya mengikut kesesuaian.
Hari Pertama
17th Sept 2024
Check-in flight Batik Air jam 4.50 petang di Terminal 1, KLIA, Sepang, tapi kami putuskan untuk bertolak awal naik Grab ke sana. Maklumlah, dah lama tak naik flight, jadi datang awal penting, agar tak ada isu berbangkit di Airport nanti. Excited pun ya juga. Kami bertolak jam 1.05 ptg sampai dari rumah
Alhamdulillah. Jalan raya lancar ke airport, bila kami sampai airport terus buat boarding pass check-in melalui self-check in portal tapi tak boleh. Jadi, kami beratur untuk check-in secara manual di kaunter Batik Air. Selesai print dan check-in, kami terus solat jamaak taqdim sebelum masuk ke gate untuk kami berlepas nanti. Isteri nampak happy sangat sambil berjalan masuk ke lokasi gate pelepasan flight/. Kali terakhir isteri guna terminal KLIA 1 pada tahun 2006, bila kami pergi haji bersama. Selepas itu, hanya guna KLIA 2 saja. Ada dalam 18 tahun juga isteri tak jejak kaki naik flight kat sini.
Selepas beberapa jam menanti dengan sabar, flight kami pun sampai dock di ruang kawasan gate nak berlepas. Syukur, kami berjalan masuk ke pesawat dengan rasa gembira. Kali terakhir, khalif naik flight pun dah lama juga. Masa kami ke Kemboja dan singgah ke Vietnam dengan bas sekitar tahun 2017, Khalif tak ikut sama. Trip kami ke Pulau Koh Lipe, Thailand pun kami naik kenderaan sendiri, MyVi, memandu sendiri sejauh lebih 1,000km dari rumah menempuh sempadan di Wang Kelian, Perlis terus masuk ke kawasan selatan Thailand, guna waze untuk menuju ke Pulau Koh Lipe. Memang adventure, on road, pelbagai keadaan, suasana dan masyarakat di sekitar jalan-jalan yang dilalui.
Kami masuk ke dalam pesawat sambil berfoto sambil menikmati seat kami. Doa khalif untuk tengok pemandangan melalui seat tingkap dimakbulkan oleh Allah SWT. Seronok dia. Maklumlah dah lama tak naik flight.
Flight berlepas dari KILIA 1 dengan lancar, jangka sampai di Medan dalam 1 jam. Suasana awan cerah dan cantik melalui selat Melaka dari pandangan atas, tapi hujan renyai-renyai bila kita memasuki ruang udara Medan. Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Namu, Deli Serdang.Medan Indonesia. Kami terus ambil Gab untuk check-in ke Hotel Kama, bandar Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Perkara pertama yang kami cari adalagh wifi. Alhamdulillah, boleh connect dan mudah untuk check informasi lain. Seperti biasa, Khalif terus sibuk tengok youtube bila dapat wifi.
Kami berada di pusat menunggu Grab Indonesia yang ada di ruang keluar dari Airport Kuala Namu. Cantik, bersih dan besar juga airportnya. Tidak terlalu sibuk dan proses cop pasport berjalan lancar dan mudah.
Kami sampai sekitar jam 6.00 ptg waktu Indonesia. Dimaklumkan oleh petugas Grab yang ada di situ, keadaan akan 'macet' sebab ramai baru balik kerja dan keadaan jalan akan sibuk dengan kenderaan dan banyaknya motosikal. Tak lama lepas tu, Grab car kami sampai. Kereta Avanza tapi kat sini Kereta Toyota Kijang rasanya. Kami terus keluar dar kawasan parkir dan terus masuk jalanraya dan kemudian masuk ke lebuhraya menuju bandar Medan.
Jarak ke sana hanyalah 39 km sahaja dengan 53 masa perjalanan ke hotel kami. Tapi oleh kerana 'macet' ia mengambil masa yang lebih lama. 2 jam untuk sampai ke hotel. Dengan keadaan sesak di sana-sini. Malah keadaan semakin teruk dengan kesesakan apabila mula melalui jalan-jalan bandar. Lorong kereta dua lane menjadi 3 lane. Motosikal menyelit-yelit sambil kereta juga merapati satu sama lain dengan membunyikan hon. Welcome to Indonesia. Kat Malaysia, tak boleh ya. Mahu tension, bergaduh nanti.
Alhamdulillah. Sekitar jam 8.00 malam kami sampai ke Kama Hotel, Jl. Jend. Ahmad Yani No.97, Kesawan, Kec. Medan Bar., Kota Medan, Sumatera Utara 20111, Indonesia. Cantik dan selesa juga hotel ini dengan penarafan 2 bintang.
Deposit IDR100,000 kemudian dapat 2 kunci bilik no 509 di tingkat 5, kami terus naik ke atas untuk masukkan barang-barang dan makan-malam.
Selesai letak barang, terus kami cari restoren untuk makan malam. Alhamdulillah, ada restoren tip-top depan hotel kami. So mudah, cross jalan sampai kat sana. Tempat besar dan selesa juga. Muka lapar nak order mudah dan terus makan. Aku order, kuey tiew goreng dan telur goreng mata, wife order nasi goreng ikan masin dan khalif order nasi goreng udang. Air macam biasa air mineral botol besar. Lepas makan, kami balik bilik, persiapan diri untuk rehat dan tidur.
Selesai hari pertama. Selamat malam semua.
Comments
Post a Comment