Family Time Out @ Bayou Lagoon Resort, Melaka



Pada 11-12 Okt 2014 yang lalu, Family Tribe Time Out buat diri ini sekeluarga bersama Hassan sekeluarga. Najiha dan Muhammad, dua anak kakak iparku, Lia dan Farhan, dua anak tiri Hassan serta Shasha, anak dari perkahwinan terdahulu juga ikut serta. Bayou Lagoon Resort, Melaka menjadi destinasi kami.

Ia adalah pengalaman menyeronokkan kerana, apatah lagi, ia kali pertama diadakan kami sekeluarga bersama keluarga adikku. Dua lagi adikku bersama keluarga mereka tidak dapat ikut kerana ada urusan lain. Yang pasti, Khalif, anakku, sangat teruja dan seronok, kerana akhirnya, dapat mandi kolam dan tidur di hotel. Pengalaman kami menginap dan mandi kolam di Hotel Concorde, Shah Alam bulan Sept yang lalu, sempena perkahwinan Shasha sepupuku, tak puas rasanya, khalif. Dia asyik tanya, bila boleh tidur hotel dan mandi kolam aje. Jadi, dapat peluang sebegini, khalif siap awal. 

Kami, check-in sekitar jam 1.00 tengahari, walaupun, masa check-in yang dimaklumkan jam 3.00 ptg. Alhamdulillah, dapat masuk apartment awal. Amari Villa, No A-5-21. Ada 3 bilik, 2 bilik air. Selesa. Ia adalah Apartment dengan 2 bilik dan 2 bilik air. Ada meja makan, ruang duduk-duduk, sofa, tv, meja coffee serta mini fridge. Selesai, check in, terus keluar untukm makan tengahari, sambil menunggu Hassan sekeluarga sampai. Masih on the way. Bila, telefon tadi, on the way di Sg Besi. 

Makan tengahari, di kedai makan berhadapan Bayou. Akhirnya, kereta Hassan lalu di hadapan kedai tatkala, kami habis makan. Terus, jumpa beliau di lobi apartment dan bantu angkat barang ke bilik. Mereka pun dan makan. Apa lagi, solat dan tukar baju dan terus nak ke taman tema air yang ada di belakang apartment kami. Wah best!. ramai keluarga bersantai sambil main-main di waterpark ini.  Petang tu jam 2.30 ptg, kami semua, main air puas-puas lebih 3 jam di situ. Berhenti sekejap, kemudian sambung balik. Semua permainan yang ada sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga. Jam 5.30 ptg, kami kembali ke bilik, siap-siap untuk makan malam. Malam ini, kita akan ke Restoren Ikan Bakar Parameswara, Umbai, Melaka. 


Hassan, adikku, yang membuat pilihan dan tentukan masakan untuk kami semua. Diri ini hanya, ikut sahaja. Ikan siakap masak steam halia, udang masak butter, sotong goreng celup tepung, sayur kailan ikan masih dan sotong masak sambal. Sedap dan menyelerakkan. 


Lepas makan, kami ronda-ronda di Jonker Street, melalui Dataran Pahlawan dan juga gereja Stadthuys, melihat kapal Flor de la Mar dan sebagainya, Suasana malam yang indah dengan kelipan lampu warna-warni menghiasi di sepanjang jalan dan bangunan. 

 Akhirnya, jam sekitar jam 10.00 malam, kami kembali ke apartment kami. Berehat  santai sambil menonton TV seterusnya tidur. 


Esoknya,  jam 7.30 pagi, diri sudah berada di Bayou Coffee House untuk sarapan pagi bersama Najiha. Ramai dah mula makan. Nasi lemak, mee hoon, roti, jus oren, coco crunch, cereal, buah-buahan, rendang ayam, red beans sedia menanti kami. Isteri, khalif dan lain-lain datang kemudian. Makan kenyang-kenyang. Mindset diri ini, untuk mandi kat taman tema air lagi nanti. 



Jam 9.00 pagi, kami sudah berada di waterpark untuk main air lagi sekali. Sejuk betul air. Mengigil.... Berhenti, sebentar, makan-makan sambil lepak dan sambung semula. Jam 11.00 pagi, kami berhenti untuk bersiap-siap untuk check out. 

Jam 1.00 ptg. kami sedia untuk check-out. Masa berlalu dengan cepat. Kami, singgah sebentar di kedai depan Mydin Mall, MITC untuk beli barang. Masuk highway, kami lunch di R & R Ayer Keroh, Melaka. Selepas makan, berpisah dengan Hassan sekeluarga. Diri ini, exit di Tol Simpang Ampat, menuju Tampin, Negeri Sembilan. Hassan menuju ke Casa Ria, Maluri, Kuala Lumpur. 

Banyak kenangan dan peristiwa yang mencuit hati berlaku sepanjang bersama. Moga jalinan kekeluargaan ini akan terus utuh dan berkembang. Kita akan berjumpa nanti dalam event yang lain

Comments

Popular posts from this blog

Hari 1 : Travelling ke Medan Indonesia 2024 Yang Indah

Kenduri kahwin Solihin,@ Baling, Kedah & Jalan-jalan ke Ipoh, Perak

Eidul Fitri 2014 @ Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah, Negeri Sembilan