Posts

Showing posts from October, 2014

Eidul Fitri 2014 @ Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Image
Eidul Fitri 2014 yang disambut pada 28 Julai 2014 lalu di sambut meriah. Selepas solat kami, menziarah mak lang di melekai, Negeri Sembilan dan kemudian terus ke rumah mak long di, Melaka. kami sekeluarga dan Muhammad  Khalif bersama saudara-mara  makan-makan di rumah mak lang khalif tertidur kepenatan di rumah mak long, Melaka  Seharian kami berjalan-jalan menziarah rumah sanak saudara sempena raya. Moga jalinan silaturrahim terus kukuh sesama kita.

Family Iftar 2014 @ Tapperz Cafe, Cyberjaya, Selangor

Image
Pada 27 Julai 2014 yang lalu, kami berbuka puasa di Tapperz Cafe @ Shaftbury, Cyberjaya, Selangor. Dekor kafe yang cantik, selesa dan suasana yang santai. Suasana dalam kafe. Cantik kan?. Khalif nak order?. Puasa ke ni?. Berbuka puasa di Tapperz, Cyberjaya menjadi tempat pilihan kami. Ia membolehkan kami menikmati hidangan dengan suasana yang santai dan selesa. Makanan pun sedap juga. Tahun, depan datang lagi.!

My Wife's Birthday Breakfast @ Teh Tarik Place, Bangi Gateway, Selangor & ABS Kindergarden Early Childhood Briefing Session

Image
Kami sambut sarapan pagi hari lahir Emma, isteriku di Teh Tarik Place, Bangi Gateway pada 2 Mac 2014 yang lalu. Dekor kayu yang menarik dan di dinding kafe, tertulis informasi tentang budaya minum teh di pelbagai negara.  Semua kerusi dan meja butan kayu  Khalif sedia untuk order sarapan ya. Budaya & cara minum teh orang Inggeris  Selepas itu, kami hadir ke Taklimat Pendidikan Kanak-Kanak Tadika ABS Bangi di ruang legar atas Bangi Gateway. Informatif dan bermanfaat. Kami lebih faham tentang pendekatan awal kanak-kanak.  Khalif, temani ibu ya. Psikologi kanak-kanak disampaikan olek Pn. Kamariah, Aktivis ABS Bangi yang juga Kaunselor UPM Kami juga mendapat pencerahan yang menarik tentang pendidikan awal kanak-kanak daripada Pn Rozita yang terlibat dengan Persatuan Tadika Negeri Sembilan dan Trainer PERMATA Negara.  Hasil penerangan itu, kami bercadang untuk hadir Bengkel Mendidik Anak Teknik Nabi Muhammad dianjurkan Murni...

Majlis Resepsi Perkahwinan Asraf, Adik Bongsuku @ Tasik Ampang, Selangor

Image
Majlis resepsi perkahwinan Asraf, adikku telad diadakan pada 28 Ogos 2013, jam 12.00 ptg di Tasik Ampang, Selangor. Ia telah membolehkan silaturrahim sesama saudara mara semakin akrab. Ia dihadiri oleh saudara mara dari Singapura juga.  kami sekeluarga bersama pasangan pengantin sempat juga khalif bermain-main dengan kawan baru tu. bapak sibuk mengejar khalif dan lain-lain..emm. keluarga mertua Asraf dan saudara-maranya keluarga kami - saudara mara Emma, isteriku dan khalif Moga perkahwinan Asraf & Daliana bahagia hingga ke anak cucu.

Jalan ke Zoo Negara 2012 @ Hulu Kelang, Selangor

Image
Dulu, pada 1 April 2012, 10 pagi, kami ada berjalan-jalan ke Zoo Negara. Harapan kami, khalif akan lebih mengenali binatang dengan lebih dekat. Tapi, dia macam tak berminat. Lagipun, kami pun tak pernah datang ke sini. depan entrance masuk Zoo Negara. Masih sama macam dalam filem P. Ramlee kan kami dah naik transport zoo utk pusing-pusing.  emm, nampak tak?..khalif boring aje tengok burung. pertunjukan binatang di zoo Apa pun, pengalaman yang best, sebab tahu macam-macam tentang binatang di Zoo Negara. Mungkin, akan datang lagi nanti.

Majlis Pertunangan & Merisik Raihan Fitti, Adik Ipar 2014 @ Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah

Image
Majlis Pertunangan Raihan Fitti, Adik Ipar telah berlangsung pada 1 Mei 2014 yang Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Jangka berkahwin, InsyaAllah Mac 2015. wakil rombongan pihak lelaki wakil keluarga  pelamin pertunangan  kami saudara-mara barang-barang hantaran  kami sekeluarga dan raihan fitti  Moga perkahwinan yang bakal didirikan bersama Izzat tahun hadapan akan berjalan lancar dan dipermudahkan urusan.

Wedding Zikriah & Gathering alumni UniKL MFI @ Kuantan 2012

Image
Alhamdulillah! dapat menghadiri majlis perkahwinan Zikriah 15 Sept 2012 di Kuantan, Pahang. Beliau bekas siswi UniKL MFI yang banyak membantu diri ini dalam menjalankan tugas semasa berkhidmat di sana. Kebetulan, suami beliau alumni MMU juga. Tak sangka kan. dunia kecil. dah jodoh. Bila hadir majlis ini, dapat juga jumpa bekas pelajar lain juga. Mereka antara kumpulan pelajar yang sedia membantu dalam pelbagai perkara. Kini masing-masing ada yang sambung belajar, bekerja mahupun bekeluarga. kami sekeluarga bersama buya, mama dan pasangan pengantin bersama bekas mahasiswa/i UniKL MFI yang membantu diri ini dulu berbual-bual tentang perkembangan masing-masing zikriah dan suaminya.  Selepas majlis itu, kami berkunjung ke rumah sepupu buya yang juga tinggal di Kuantan juga. Dulu berkhidmat bersama TUDM. Beliua terlibat dalam penyelenggaraan jet pejuang MIG 29 TUDM dan berkursus di USA. Beliau, kini mengusahakan warung kecil dihadapan rumah sendiri.  ...

Eidul Fitri 2013 @ Singapore, Johor Bahru

Image
8 Ogos 2013 - Sambutan Hari Raya 2013 tahun lalu,  berbeza kerana solat raya di singapura dan seterusnya, ziarah-menziarahi sanak saudara di sana dulu. Kemudian, 9 Ogos 2013, kami bertandang ke rumah norli sepupuku sebelah bapak di Johor Bahru. Hassan sekeluarga menyertai kami di Johor Bahru, Johor Pagi raya lepas solat raya di rumah atok, Taman Jurong, Singapura bergambar bersama atuk dan nenek, sebelum beraya ke rumah cik shima di Woodland, Singapura Kat rumah cik shima di woodland.  bersama nenek, makcik, pakcik, sebahagian daripada sepupu Malam tu, kami exit singapura dan tidur di rumah abang ipar di, Pangsapuri Saujana, Johor Bahru berdekatan dengan kediamana rasmi Menteri Besar Johor. Esoknya, kami ke rumah Norli, sepupuku di Tampoi.  aku, adiku hassan dan norli  Emma, isteriku & khalif, lynn (isteri Hassan) dan Norli family Norli khalif melepak bersama saudara mara Selepas tu, kami beraya di Kuala Pilah, Negeri...

Majlis Nikah Asraf, adikku @ Bandar Saujana Utama, Sg Buloh, Selangor

Image
Alhamdulillah!, Asraf adikku yang bongsu selamat bernikah dengan Daliana, pasangannya pada 6 Julai 2013, jam 10 pagi di rumah orang tuanya, Bandar Saujana Utama, Sg Buloh, Selangor. Bapak, mak dan kami sekeluarga hadir menyaksikan detik penting adikku ini.  Bila berjalan-jalan ke sini, baru tahu tentang wujudnya Bandar Saujana Utama ni. Tak jauh dengan kampus UiTM Puncak Perdana, Shah Alam rupa-rupanya. majlis akad nikah  khalif bersama saudara-mara baru sarung cincin pengantin Asraf bersama Daliana, isterinya. Tahniah! Bapak, mak, kami sekeluarga dan pasangan pengantin  keluarga mertua asraf  khalif, bersama auntie yana khalif melepak sambil menunggu majlis berlangsung Moga perkahwinan Asraf, adik bongsuku ini, kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya