Travelling to Jakarta, Puncak, Bandung : 7-11 Jun 2009


Day 1 : 7 Jun 2009 (Jakarta)

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba. Aku dan isteri bertolak jam 1.15 ptg ke KLIA. Sampai 1.50 ptg aje, aku terus rasa nak makan. McDonaldlah tempat yang dituju. Lepas tu, solat dan tak lama lepas tu, aku check-in kul 3.30 ptg kat kaunter KLM. Emm..ramai betul orang yang nak Jakarta. Maklumlah, cuti sekolah sekarang. Masing-masing ke sana dengan family dari yang kecil hinggalah ada yang lanjut usia. Agaknya, inilah kesan promosi yang kerap tentang pentingnya rakyat kita, meluangkan masa pergi bercuti.

Anyway, masa dok lepak tunggu flight, aku tersentuh melihat telatah kanak-kanak cina Indonesia. Dua kanak-kanak kecil, sibuk bermain-main dan ditemani ibu bersama rakannya. Fasih berbahasa Indonesia...tak macam kanak-kanak cina di negara sendiri. Bahasa Malaysia diorg teruk sekali. kelam kabut bila bercakap. Agaknya, inilah kesan ketegasan pemerintah Indonesia dalam mewujudkan kesatuan nasional. Bahasa amat ditekankan. Ditambah pulak isu hangat PPSMI yang masih belum selesai. Teringat kata-kata hikmah ini "Bahasa Jiwa Bangsa"..yup, betul sekali.

Then, tak lama, aku dah dalam flight and on the way ke Jakarta, departure kul 1645. Flight KLM ni kira ok, luas dan ada movie yang boleh layan. Penerbangan ke sana hanya 1 jam 1/2 aje. Makan pun kira ok gak. Pramugari agak berumur, mesra. Suasana di luar gelap.

Sedar-sedar dah sampai airport soekarno-hatta, bandara, Jakarta. Waktu tu, 5.15 ptg tapi kat Jakarta dah masuk waktu maghrib. Bila aku jejak kaki aje ke airport, aku terus tuju toilet, sakit perut. Depan pintu, tukang cuci lantai, persilakan aku masuk..."Silakan Pak". Lega perut aku lepas tu. Kemudian, aku terus beratur kat kaunter imigresen. Lama jugak beratur. Isteri aku dulu, lepas tu aku pulak. Bila sampai turn aku, pegawai tu tanya, "tujuan apa kemari pak"..."leisure" aku jawab ringkas. "Dengan siapa kemari" ..."Isteri" balasku..ala banyak pulak tanya dia ni. Lepas imigresen, ambik barang-barang terus menuju keluar, jumpa tourist guide kita. Nama aku terpampang besar...lega dibuatnya.

"Selamat Datang Pak Ke Indonesia"... "Saya Pak Hans...dan ini supirnya Pak Eddy"...Pak Hans mudah mesra dan peramah. Sesekali beliau ketawa kecil. Hubungan aku, isteri terus lebih selesa. Maklumlah, first time guna tourist guide. Dulu, tahun 2005, aku first time datang Jakarta ..tak macam ni. tak ada orang nak jadi tourist guide. Al-maklumlah atas nama kerja. Tak berapa nak berborak sangat. Terus naik pajero menuju destinasi. Masa tu, aku menginap di Masjid di Jalan Hayam Muruk, Jakarta. Tapi kali ini, aku naik Suzuki, APV warna coklat agak baru sahaja. Maybe next, its going to be better kot.

Sedang aku dan isteri menunggu van diambil dari tempat parking aku melihat polis trafik sibuk meniup wisel dan memberikan arahan lalu lintas melalui tangan. Suasana di airport sangat macet (sibuk) kerana kereta berpusu-pusu keluar masuk aiport. "Kita makan dulu ya" kata Pak Hans. Tanpa lengah, Pak Hans terus menerangkan tentang jadual trip kiraorang. Satu persatu jelas beliau. Bersemangat dan bertenaga gamaknya bila dia menerangkannya.

Van terus melunjur laju ke Jakarta Barat, melihat Pelabuhan Sunda Kelapa, then lepas tu ke Kota Tua, Fatahillah Square. Ia adalah bekas bangunan pentadbiran belanda ketika menjajah Indonesia dahulu selama 350 tahun lamanya. Kami singgah sebentar disitu dan melihat tempat eksvakuasi (pemotongan kepala). Ramai betul orang berniaga, ada yang melepak dan sebagainya. Aku sempat jugak tengok tempat makan orang belanda...cantik, hebat.. Pak Hans kata, restoren ini jadi tempat untuk pegawai atasan pemerintah makan-makan dengan rakan termasuk pelancong belanda yang datang ke Jakarta.

Lepas tu, kami sampai di Restoren Indah Kuring, Jakarta Barat. Makanan Sunda, sedap sekali pak. Lauk banyak tapi makan hanya dua orang aje. Pak Hans dan Pak Eddy makan juga disitu tapi tempat lain. Sambil makan, aku tengok, ramai betul orang malaysia yang ikut rombongan ada kat situ.

Kemudian, check-in ke tempat penginapan : Hotel Menara Penisular, 4 star...bagus sekali. Lokasi di Jakarta Barat, bersebelahan dengan highway...Bangunannya agak tinggi juga. Bila nampak katil, aku pun rasa tak sabar-sabar nak rehat. Aku, buka channel tv indonesia..emm, sibuk dengan isu manohara, kempen capres (calon presiden) dan cawapres (calon wakil presiden). Bapak Jusuf Kalla (ketika ini : Naib Presiden Republik Indonesia) sibuk melayani soalan-soalan yang dilontarkan oleh penonton studio. Soalan-soalan lebih tertumpu kepada apa yang boleh beliau buat jika dinominasi dan terpilih sebagai Presiden Rep. Indonesia yang baru selepas Pemilu nanti...Tak lama lepas tu, aku rasa mengantuk..dan terus...zzzzz...zzz...zzzzz..

Comments

Popular posts from this blog

Hari 1 : Travelling ke Medan Indonesia 2024 Yang Indah

Kenduri kahwin Solihin,@ Baling, Kedah & Jalan-jalan ke Ipoh, Perak

Eidul Fitri 2014 @ Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah, Negeri Sembilan