Jalan-Jalan Ke Bogor, Puncak, Cianjur & Tangkuban Perahu, Sari Ater Hot Spring, Rumah Mode, Stamp, Cascade, Hertige







  

Day 3 : 9 Jun 2009 (Selasa)

Selepas sarapan di hotel Menara Peninsular, kami check-out. Pak Hans menunggu kami di lobby dan terus menuju Taman Mini Indonesia Indah (TMII). Kawasan seluas 15o hektar mewakili 33 provinsi. Keunikan kebudayaan setiap provinsi terpamer melalui keunikan dan binaan rumah yang ada. Keseluruhan peta Indonesia yang terbentuk melalui danau-danau kecil dapat dinikmati di dalam kereta gantung. TMII hasil ilham Ibu Tien, isteri Pak Suharto setelah beliau melawat miniatur di Belanda. Kami singgah ke muzium acheh dan tertarik dengan pantun Raja Haji yang halus kata-katanya. Rumah Bangka, Pulau Belitong juga menarik perhatian. Terbayang difikiran aku, kisah benar novel Laskar Pelangi yang ditulis Andrea Hirata adalah kisah-kisah 10 kanak-kanak miskin yang mahu belajar di situ dan perlombongan timah adalah pekerjaan utama masyarakat setempat





 

 

Taman Safari Indonesia menjadi destinasi seterusnya. Makanan tengahari Restoren Simpang Raya. Di kiri kanan jalan, banyak gerai-gerai kayu kecil menjual hasil pertanian. Institusi Pertanian Bogor cukup terkenal di seantero negara ini. Kami sempat membeli lobak merah kecil yang dijual pinggir jalan masuk ke Safari. Taman Safari Indonesia kawasan berbukit yang luas dan binatang dibiarkan lepas. Dapatkan kami 'beramah mesra' dengan kuda belang, Illama, rusa dan lain-lain melalui tingkap kecil van. Pertunjukan cowboy juga ada. Yang paling best, drama pentomin selamatkan gajah sumatera barat. Gajah tu memang pandai berlakon. Sekurangnya kita lebih memahami spesis yang pupus ini kan.


Masjid Ta'awun, Puncak adalah sasaran kami seterusnya. Ia terletak di puncak yang tinggi. Seni bina masjid cukup cantik. Dikelilingi kolam ikan, air terjun kecil di sebelah bangunan serta kawasan bisnes yang sibuk dan luas di kaki tangga masjid tersebut. Kami solat maghrib di situ. Makan malam kami di restoren pinggiran puncak. Akhirnya, kami sampai ke Cianjur. Kami sempat melihat Istana singgahan Pak Harto di Cianjur. Menarik, unik sekali. Kami bermalam di Hotel Cianjur. Mandi, Solat dan akhirnya...zzz...zzz...zzz..

Day 4 : 10 Jun 2009 (Rabu)

Selepas sarapan dan check-out hotel Cianjur, Toko Kue Warisan jadi singgahan kami yang pertama. Sempatlah membeli keropok-keropok buatan tempatan. Akhirnya, kami sampai ke Tangkuban Perahu. Ia adalah kawasan kawah gunung berapi yang tidak aktif. Ramai kedai-kedai cendermata dan tempat makanan. Dapatlah beli cenderamata untuk kawan-kawan. Tapi itu pun setelah sipenjual sibuk mengikut kami ke sana kemari.

Kami makan tengahari di Restoren Balibu, sedap sekali. Lauk macam biasalah banyak sangat..emm adalah 10 jenis untuk dua orang. Lepas tu, kami ke Sari Ater Hot Spring...fuh lega kaki bila direndam. Rasa relaks, panas sekejap, then ok aje. Ramai betul rombongan remaja sekolah atas kat sini.

Comments

Popular posts from this blog

Hari 1 : Travelling ke Medan Indonesia 2024 Yang Indah

Kenduri kahwin Solihin,@ Baling, Kedah & Jalan-jalan ke Ipoh, Perak

Eidul Fitri 2014 @ Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah, Negeri Sembilan