Jalan-Jalan Di Jakarta
Di Jakarta, beza masa 1 jam daripada Malaysia, tapi suasana macam beza 2 jam gamaknya. Aku & isteri bangun kul 5.30 pagi. Terus mandi, solat dan siap untuk trip sekitar Jakarta hari ini. Kul 6.30 pagi, aku turun ke lobby hotel untuk sarapan pagi. Fuh, kat sini kita dah terang benderang dah, tak macam kat Malaysia. "Sila kan Pak" sapa, staf di pintu restoren, tatkala aku nak masuk ke dalam. Pilihan banyak sekali ada pelbagai jenis kaunter. Kaunter roti, kaunter sushi, kaunter cereal, japanese noodles, sarapan nasi, mee, sup dan sebagainya. Aku makan nasi, mee dan roti aje. Isteri aku happy sebab banyak pilihan and she love to taste new foods available there.
Sambil sarapan kat situ, aku tengok, banyak pegawai pemerintah makan sekali. Yelah, tertera Jabatan Perhutanan kat lengan baju seragam diaorg. Sama warna semuanya. Hijau muda. Well, kat sini jangan heran ye, semua pegawai yang kerja dengan kerajaan a.k.a pemerintah pakai baju semuanya seragam. Kalau tak malaysia, tak adalah..siapa yang nak kan.
8.30 pagi, Pak Hans sudah berada di lobby hotel dan sedia untuk membawa kami Jalan-Jalan di Jakarta. Kami terus ke Monas atau nama panjangnya : Tugu Monumen Nasional. Rakyat sini, suka meringkaskan perkataan yang panjang. Cthnya : Jurdil maksudnya jujur & adil dan sebagainya. Kebetulan ketika kami sampai ada 2 bas pariwisata (pelancongan) sampai di tempat parkir kami. Emm..rasanya, pelajar sekolah atas (menengah). Sambil berjalan menuju ke monas, Pak Hans menerangkan tentang pentingnya sejarah indonesia kepada rakyat. Monas diwujudkan pada 1965 sebagai tanda atau tugu proklamasi kemerdekaan Indoensia di zaman pemerintahan Pak Suharto. Ia mula dibina tahun 1961 dan siap sepenuhnya pada 1965.
Pada aku, monas ni macam tugu negara lah yang ada di Kuala Lumpur. So, kami pun masuk ke dalam monas. Ia terdiri dengan pelbagai gambar dan miniatur kecil tentang pelbagai peristiwa signifikan di dalam proses menuju kemerdekaan Indonesia pada 1945. Setiap perjuangan kemerdekaan yang digerakkan oleh pelbagai lapisan pemimpin dipamerkan melalui miniatur kecil yang menarik sekali. Sama ada di Banda Aceh, Jawa Tengah, Sumatera Barat dan sebagainya yang terpamer adalah pertempuran antara rakyat tempatan dan penjajah belanda ketika itu. Kemerdekaan yang dicapai hasil tumpahan darah rakyat jelata di mana-mana. Tidak seperti di negara aku sendiri. Merdeka melalui hasil proses rundingan pemimpin melayu aliran kanan di london. Kebanyakan pemimpin nasional aliran kiri yang meniupkan kemerdekaan yang total tanpa dibayangi penjajah inggeris sebelum itu dihumban ke penjara.
Selain itu, aku juga tertarik dengan peristiwa proklamasi kemerdekaan Pak Soekarno. Presiden Republik Indonesia yang pertama bersama Pak Hatta, Naib Presiden. Masing-masing membaca teks yang bersejarah ini dengan penuh semangat. Menurut cerita Pak Hans, teks ucapan serta suara Pak Soekarna diabadikan di melalui pintu khas yang akan terbuka pada waktu tertentu. Aku, isteri teruja dan kebetulan aku berkesempatan melihatkan sesi pembukaan pintu khas kemerdekaan. Kelihatan ramai remaja-remaja indonesia juga teruja dan gembira apabila melihat teks ucapan kemerdekaan keluar daripada balik pintu khas itu. Suara Pak Soekarno, jelas membacakan ucapan proklamasi dengan penuh semangat. Beza di negara sendiri, laungan merdeka hanya kedengaran dan kelihatan di kaca TV oleh Tunku Abd Rahman...tapi, tidak ada kesempatan untuk mendengar ucapan penuh Bapa Kemerdekaan kita tentang kemerdekaan.
Jam 10.30 pagi, aku, isteri dan Pak Hans menaiki van dan menuju je Pasar Tanah Abang. Masa tu, keadaan jalan semakin sibuk. Bila masuk ke dalam, aku dapati penuh dengan toko (kedai) menjual pelbagai pakaian, kain, dan sebagainya, Sesak dengan manusia yang sibuk menjunjung barang-barang berguni guni ke sana ke mari. Ia semacam lokasi pasar borong sebelum diambil untuk diedarkan ke lokasi yang lain. Aku, isteri terus dibawa Pak Hansa ke lantai (tingkat) lima. Sebelum itu, Pak Hans berpesan agar bila nak beli, secara borong, bukan sikit-sikit. Then, mesti pandai tawar menawar. Isteri aku dapat beli busana muslimah (telekung) berharga Rp 560k + Rp220K di Toko Nan Indah, Blok A, Lantai 5 No 66-67, Jakarta Pusat.
Selepas tu, kami makan di Restoren Padang Salero Jumbo, Jln Timor, Jakarta Pusat. Tatkala sampai, hujan agak lebat, banjir di jalanraya. Sampai di resroren, kami terus dipersilakan duduk.Sambil menanti makanan tiba, aku terlihat rombongan senegara baru abis makan. Masing-masing sibuk nak solat dan bergambar dengan tempat bersanding orang padang. Mula nak ambik jugak gambar, tapi bila diaorang sibuk duduk kat situ, tak jadi aku. Makanan, sedap tapi masih masakan padang. Ala masak macam lomak cili padi orang noghori ajo..
Tak lama lepas tu, kami menuju ke ITC Mangga Dua, Blok E. Hujan begitu lebat sekali. Terpaksa Pak Hans memanggil kanak-kanak yang ada di tangga ITC datang membawakan payung untuk aku & isteri. Hadir dihadapanku kanak kecil yang tidak berselipar, kuyup basah menghulurkan payung untuk kami gunakan. Rp1K kami berikan untuk kanak-kanak tersebut. Dalam keadaan yang hujan lebat pun, boleh memberikan pekerjaan kepada kanak-kanak ini. Kelihatan sekumpulan besar kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berkaki ayam, berlumba-lumba menawarkan payung yang keluar masuk ITC. Unik, kreatif namun simpati mengundang dihati ini. Namun, bagi mereka hidup perlu diteruskan dengan apa jua cara.
ITC Mangga Dua ini adalah lokasi pelbagai barangan seperti pakaian, seluar, kasut dan sebagainya. Aku terpandang dvd Laskar Pelangi..Lantas terus beli beb. Harga Rp 35K + Rp12K. Filem Laskar Pelangi yang tersiar mulai September 2008 di Indonesia, sukar ditemui di mana-mana, di negara sendiri. Isteri aku, telah membaca buku novel Laskar Pelangi tersebut semasa dia singgah di MPH. Aku hanya dapat berkongsi preview youtube Laskar Pelangi kepada siswa UniKL semasa Induksi Pimpinan MPM di Tiram Indah Village, Feb 2009. Mesej aku jelas kepada mereka : bermimpi dan jangan jadikan keadaan sekeliling kita alasan untuk tidak berusaha sesungguhnya mencapai apa yang diimpikan. Laskar Pelangi adalah kisah benar Andera Hirata tentang 10 budak miskin di Pulau Belitong, Sumatera yang ingin bersekolah. Ibu Muslimah & Pak Harfan memberikan semangat dan dorongan untuk terus belajar walaupun dihimpit kemiskinan. Hujan reda, tatkala, aku keluar ITC Mangga Dua.
Aku, Isteri dan Pak Hans kemudian menuju ke Toko Gramedia, Jalan Gajah Mada, Jakarta. Ketika aku sampai jam sudah menunjukkan 5.30 ptg waktu tempatan (maghrib). Ia pernah ke Toko ini sebelum ini tapi di lokasi yang lain, mungkin di Blok M tahun 2005 dahulu. Kini aku kembali ke Toko Gramedia ini mencari buku-buku yang menarik untuk santapan mindaku. Toko Buku kemerahan ini hanyalah dua lantai sahaja (tingkat) tapi penuh dengan pelbagai buku. Menariknya, semua buku di sini termasuk buku antarabangsa diterjemah di dalam bahasa Indonesia. Kagum aku melihat fenomena ini. Budaya penterjemahan buku begitu rancak berjalan. Toko Gramedia seumpama MPH di negara sendiri dari segi lay-out kedai tapi berbeza isinya a.k.a buku yang dijual. Di MPH, buku-buku tulisan berbahasa melayu begitu sedikit di rak tertentu, majoriti buku tulisan bahasa Inggeris. Keadaan ini mengingatkan aku kepada cerita rakan sekerja yang pernah mendapat pendidikan ijazah di Universitas Gaja Mada sebelum ini. Kampus Universitas Gaja Mada, hanya bangunan lama seperti kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tetapi toko bukunya sebanyak lapan tingkat. Budaya penterjemahan, penulisan begitu dihayati di kalangan dosen (pensyarah) demi ketamadunan bangsa. Banyak yang boleh dipelajari di sini.
Selepas makan malam di Retoren Indah Kuring, kami terus kembali ke hotel. Penat sekali. Selepas mandi, solat, aku rehat sebentar sambil melayari TV. Then tak lama lepas tu, terus kembara mimpi....zzzzz...zzzz...zzzz...
Comments
Post a Comment