Jalan-Jalan ke Publika, KLCC

Alhamdulillah.


Semalam, 17 Sept 2016, sempat jalan-jalan ke Publika, Solaris Dutamas, Kuala Kumpur. Cadang untuk melihat Festival Bon Odori, budaya masyarakat Jepun di sana. Tempat yang cantik, hidup dan ceria. Ada pameran lukisan Nando juga. Tentang tema kehidupan.



Kami sempat menikmati laksa kari, neslo air, roti boom, ABC special dan keropok lekor. Sedap.

Selepas tu, kami singgah MPH beli buku khalif dan isteriku. Khalif sibuk bermain dengan patung LEGO depan MPH.


Solat asar, kemudian kami menuju KLCC. Cadang menikmati suasana petang di taman KLCC.

KLCC sesak dengan orang ramai. Ada Festival Sains PETROSAINS sedang berlangsung. Gerai pameran pelbagai syarikat dan agensi kerajaan ada, tentang innovasi dan sains.

Puas khalif, anakku bermain-main di taman permainan yang ada. Sibuk nak main buai.



Kami solat maghrib di Petronas Semenyih. Khalif tercabut sebatang gigi susu bila makan pop-com. Kali pertama gigi tercabut. Sendiri yang cabut pula tu.


Akhirnya, sampai rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Hari 1 : Travelling ke Medan Indonesia 2024 Yang Indah

Kenduri kahwin Solihin,@ Baling, Kedah & Jalan-jalan ke Ipoh, Perak

Eidul Fitri 2014 @ Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah, Negeri Sembilan