Hari Raya Aidiladha 2016 - Batu Pahat - Simpang Renggam, Johor - Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Alhamdulillah!.
Hari Raya Aidiladha kali ini disambut bersama ibubapaku di Kg Parit Maimon, Batu Pahat Johor. Syukur mereka masih sihat walafiat dan diberikan kesempatan untuk mendampingi mereka, walaupun sebentar. Pelbagai cerita dan kisah dikongsikan kepadaku apatah lagi, diriku sendiri dilahirkan di kampung ini.
Sempat juga Khalif, anakku menikmati durian yang terhidang di dulang tatkala menziarahi Tok Bendi, nenek saudaraku adik-beradik arwah atukku Tohid. Alhamdulillah, beliau sihat, walaupun saban tahun dimamah usia. Sudah 70an dan masih kuat.
Kemudian, meneruskan perjalanan kami berhari raya ke rumah mertua keluarga Hassan, adikku di Sinpang Rengam, Johor. Berbual-bual dengan Pakcik Khairi, bapa adik iparku Lynn, tentang suasana orang di sana menyambut korban, Macam-macam ragam dan karenah. Mencuri daging korban dengan menaiki bas awam pun ada.
Selepas zohor, perjalanan kami diteruskan ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan pula. Jalan raya sibuk dengan kenderaan. Perlahan pada lokasi-lokasi tertentu. Ada kemalangan kereta dan sebagainya. Syukur, kami sampai lewat petang ke rumah mertuaku selamat.
Comments
Post a Comment