Posts

Hari 1 : Travelling ke Medan Indonesia 2024 Yang Indah

Image
 Alhamdulillah.  Setelah sekian lama tidak ke luar negara sejak kali terakhir ke Pulai Koh Lipe, Thailand pada Dis 2019 setelah itu Covid selama hampir 3 tahun. Akhir kami dapat berwisata bersama keluarga ke Medan pada 17-20 September 2024 baru-baru ini. Pengalaman kali pertama yang indah. Pelbagai tempat menarik dapat dilawati serta menikmati keindahan alam, makanan dan suasana masyarakat yang unik.  Berikut adalah cadangan awal jadual perjalanan dengan aktiviti riadah yang berpatutan untuk perjalanan ke Medan, Indonesia, dari 17-20 September 2024: 17 September 2024: 5:00 pm: Ketibaan di Lapangan Terbang Medan Check-in: Kama Hotel, Medan Makan Malam: Cuba makanan tempatan di Merdeka Walk, sebuah pusat makanan popular dengan pelbagai hidangan Indonesia. Aktiviti Malam: Berjalan-jalan di sekitar Tjong A Fie Mansion untuk mengetahui sejarah Medan. Kunjungi Tip Top Restaurant untuk pencuci mulut, tempat bersejarah yang terkenal dengan kek dan pastri. 18 September 2024: Sa...

Kenduri kahwin Solihin,@ Baling, Kedah & Jalan-jalan ke Ipoh, Perak

Image
Alhamdulillah, Pada 25 Mac 2017, kami dapat hadir kenduri kahwin Solihin di Kg Bechah Sawa, Baling, Kedah dengan Buya, mama dan adik mat. Solihin, saudaraku sebelah isteri. Anak saudara Buya, anak kepada mak lang, adik perempuan Buya yang tinggal di Lenggong, Perak. Kami bermalam semalam di Green House Homestay, di Baling, Kedah. Majlis nikah di masjid Kg. Bechah Sawa, Baling, Kedah  Majlis nikah Solihin diadakan waktu petang, lepas solat Asar. Memang mudah dan simple aje. Sebelum itu, ada pasangan pengantin lain yang juga bernikah sebelum Solihin. So, kami tunggu jap.

Senja yang indah @Rembau, Negeri Sembilan

Image
Masa drive balik semenyih, pada 2 April 2017 yang lalu, kami lihat traffic jam yang teruk dari selatan menuju utara. Kami exit dari tol simpang ampat, lalu jalan dalam untuk balik rumah di Semenyih. Guna waze lalu jalan raya di rembau, Sempat juga, lalu jalanraya kampung di kawasan sekitar Rembau, Negeri Sembilan ni. Best, suasana kampung yang damai. Kemudian, kami lalu jalanraya rembau-seremban semula, setelah redah jalan kampung. Senja mula muncul. Huh, sangat cantik. Sempat snap gambar satu, masa memandu. Anak dan isteri dibuai mimpi masa tu. Indah senja ciptaan Allah Swt

Selamat Hari Lahir Bapak ke 67!.

Image
Alhamdulillah. Sempat meraikan birthday bapaku baru-baru ni, minggu lepas, 1 April 2017 selepas kenduri kahwin Naim & Amalina di KL. Tarikh keramat ni, 31 Mac 1950, bapaku lahir ke dunia ini. So, masuk tahun ni, dah 67 tahun. Hidup dia memang 'rock n roll' dari dulu, hingga sekarang. Expect the unexpected in life!. Abaikan, bantal leher tu. Khalif, anakku sibuk nak bagi 'hadiah' untuk tok nan. So, dia main ambik je benda tu dari kereta. Emm.. inisiatif yang kreatif.

Perkahwinan Naim & Che Amalina Che Ghani yang best!

Image
Alhamdulillah, kita bertemu kembali. Lama juga tak update blog ni. Pada 1 April 2017, kami hadir majlis resepi perkahwinan Naim & Che Amalina di Dewan Muslimat, Masjid Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.  Tak sempat hadir majlis pernikahan mereka pada 19 Mac 2017 di Kelantan. Isteri ada kelas tambahan di sekolah.  Kisah cinta mereka di alam kampus, hingga ke jinjang pelamin memang unik dan best. Mereka adalah bekas pelajarku yang terlibat dalam projek I-SMART sejak 2010 hingga 2014. Mereka mendewasa, depan mata. 

Jalan-Jalan ke Publika, KLCC

Image
Alhamdulillah. Semalam, 17 Sept 2016, sempat jalan-jalan ke Publika, Solaris Dutamas, Kuala Kumpur. Cadang untuk melihat Festival Bon Odori, budaya masyarakat Jepun di sana. Tempat yang cantik, hidup dan ceria. Ada pameran lukisan Nando juga. Tentang tema kehidupan. Kami sempat menikmati laksa kari, neslo air, roti boom, ABC special dan keropok lekor. Sedap. Selepas tu, kami singgah MPH beli buku khalif dan isteriku. Khalif sibuk bermain dengan patung LEGO depan MPH. Solat asar, kemudian kami menuju KLCC. Cadang menikmati suasana petang di taman KLCC. KLCC sesak dengan orang ramai. Ada Festival Sains PETROSAINS sedang berlangsung. Gerai pameran pelbagai syarikat dan agensi kerajaan ada, tentang innovasi dan sains. Puas khalif, anakku bermain-main di taman permainan yang ada. Sibuk nak main buai. Kami solat maghrib di Petronas Semenyih. Khalif tercabut sebatang gigi susu bila makan pop-com. Kali pertama gigi tercabut. Sendiri yang cabut pula tu. A...

Hari Raya Aidiladha 2016 - Batu Pahat - Simpang Renggam, Johor - Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Image
Alhamdulillah!.  Hari Raya Aidiladha kali ini disambut bersama ibubapaku di Kg Parit Maimon, Batu Pahat Johor. Syukur mereka masih sihat walafiat dan diberikan kesempatan untuk mendampingi mereka, walaupun sebentar. Pelbagai cerita dan kisah dikongsikan kepadaku apatah lagi, diriku sendiri dilahirkan di kampung ini. Sempat juga Khalif, anakku menikmati durian yang terhidang di dulang tatkala menziarahi Tok Bendi, nenek saudaraku adik-beradik arwah atukku Tohid. Alhamdulillah, beliau sihat, walaupun saban tahun dimamah usia. Sudah 70an dan masih kuat.  Kemudian, meneruskan perjalanan kami berhari raya ke rumah mertua keluarga Hassan, adikku di Sinpang Rengam, Johor. Berbual-bual dengan Pakcik Khairi, bapa adik iparku Lynn, tentang suasana orang di sana menyambut korban, Macam-macam ragam dan karenah. Mencuri daging korban dengan menaiki bas awam pun ada. Selepas zohor, perjalanan kami diteruskan ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan pula. Jalan raya sibuk...