Posts

Showing posts from June, 2009

Jalan-Jalan Ke Bogor, Puncak, Cianjur & Tangkuban Perahu, Sari Ater Hot Spring, Rumah Mode, Stamp, Cascade, Hertige

Image
   Day 3 : 9 Jun 2009 (Selasa) Selepas sarapan di hotel Menara Peninsular, kami check-out. Pak Hans menunggu kami di lobby dan terus menuju Taman Mini Indonesia Indah (TMII). Kawasan seluas 15o hektar mewakili 33 provinsi. Keunikan kebudayaan setiap provinsi terpamer melalui keunikan dan binaan rumah yang ada. Keseluruhan peta Indonesia yang terbentuk melalui danau-danau kecil dapat dinikmati di dalam kereta gantung. TMII hasil ilham Ibu Tien, isteri Pak Suharto setelah beliau melawat miniatur di Belanda. Kami singgah ke muzium acheh dan tertarik dengan pantun Raja Haji yang halus kata-katanya. Rumah Bangka, Pulau Belitong juga menarik perhatian. Terbayang difikiran aku, kisah benar novel Laskar Pelangi yang ditulis Andrea Hirata adalah kisah-kisah 10 kanak-kanak miskin yang mahu belajar di situ dan perlombongan timah adalah pekerjaan utama masyarakat setempat     Taman Safari Indonesia menjadi destinasi seterusnya. Makana...

Jalan-Jalan Di Jakarta

Image
Day 2 : 8 Jun 2009 (Isnin) Di Jakarta, beza masa 1 jam daripada Malaysia, tapi suasana macam beza 2 jam gamaknya. Aku & isteri bangun kul 5.30 pagi. Terus mandi, solat dan siap untuk trip sekitar Jakarta hari ini. Kul 6.30 pagi, aku turun ke lobby hotel untuk sarapan pagi. Fuh, kat sini kita dah terang benderang dah, tak macam kat Malaysia. "Sila kan Pak" sapa, staf di pintu restoren, tatkala aku nak masuk ke dalam. Pilihan banyak sekali ada pelbagai jenis kaunter. Kaunter roti, kaunter sushi, kaunter cereal, japanese noodles, sarapan nasi, mee, sup dan sebagainya. Aku makan nasi, mee dan roti aje. Isteri aku happy sebab banyak pilihan and she love to taste new foods available there. Sambil sarapan kat situ, aku tengok, banyak pegawai pemerintah makan sekali. Yelah, tertera Jabatan Perhutanan kat lengan baju seragam diaorg. Sama warna semuanya. Hijau muda. Well, kat sini jangan heran ye, semua pegawai yang kerja dengan kerajaan a.k.a pemerintah pakai baju semuanya seraga...

Travelling to Jakarta, Puncak, Bandung : 7-11 Jun 2009

Image
Day 1 : 7 Jun 2009 (Jakarta) Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba. Aku dan isteri bertolak jam 1.15 ptg ke KLIA. Sampai 1.50 ptg aje, aku terus rasa nak makan. McDonaldlah tempat yang dituju. Lepas tu, solat dan tak lama lepas tu, aku check-in kul 3.30 ptg kat kaunter KLM. Emm..ramai betul orang yang nak Jakarta. Maklumlah, cuti sekolah sekarang. Masing-masing ke sana dengan family dari yang kecil hinggalah ada yang lanjut usia. Agaknya, inilah kesan promosi yang kerap tentang pentingnya rakyat kita, meluangkan masa pergi bercuti. Anyway, masa dok lepak tunggu flight, aku tersentuh melihat telatah kanak-kanak cina Indonesia. Dua kanak-kanak kecil, sibuk bermain-main dan ditemani ibu bersama rakannya. Fasih berbahasa Indonesia...tak macam kanak-kanak cina di negara sendiri. Bahasa Malaysia diorg teruk sekali. kelam kabut bila bercakap. Agaknya, inilah kesan ketegasan pemerintah Indonesia dalam mewujudkan kesatuan nasional. Bahasa amat ditekankan. Ditambah pulak isu hangat PPSMI yang ...