Jalan-Jalan Ke Bogor, Puncak, Cianjur & Tangkuban Perahu, Sari Ater Hot Spring, Rumah Mode, Stamp, Cascade, Hertige
Day 3 : 9 Jun 2009 (Selasa) Selepas sarapan di hotel Menara Peninsular, kami check-out. Pak Hans menunggu kami di lobby dan terus menuju Taman Mini Indonesia Indah (TMII). Kawasan seluas 15o hektar mewakili 33 provinsi. Keunikan kebudayaan setiap provinsi terpamer melalui keunikan dan binaan rumah yang ada. Keseluruhan peta Indonesia yang terbentuk melalui danau-danau kecil dapat dinikmati di dalam kereta gantung. TMII hasil ilham Ibu Tien, isteri Pak Suharto setelah beliau melawat miniatur di Belanda. Kami singgah ke muzium acheh dan tertarik dengan pantun Raja Haji yang halus kata-katanya. Rumah Bangka, Pulau Belitong juga menarik perhatian. Terbayang difikiran aku, kisah benar novel Laskar Pelangi yang ditulis Andrea Hirata adalah kisah-kisah 10 kanak-kanak miskin yang mahu belajar di situ dan perlombongan timah adalah pekerjaan utama masyarakat setempat Taman Safari Indonesia menjadi destinasi seterusnya. Makana...