Posts

Showing posts from 2017

Kenduri kahwin Solihin,@ Baling, Kedah & Jalan-jalan ke Ipoh, Perak

Image
Alhamdulillah, Pada 25 Mac 2017, kami dapat hadir kenduri kahwin Solihin di Kg Bechah Sawa, Baling, Kedah dengan Buya, mama dan adik mat. Solihin, saudaraku sebelah isteri. Anak saudara Buya, anak kepada mak lang, adik perempuan Buya yang tinggal di Lenggong, Perak. Kami bermalam semalam di Green House Homestay, di Baling, Kedah. Majlis nikah di masjid Kg. Bechah Sawa, Baling, Kedah  Majlis nikah Solihin diadakan waktu petang, lepas solat Asar. Memang mudah dan simple aje. Sebelum itu, ada pasangan pengantin lain yang juga bernikah sebelum Solihin. So, kami tunggu jap.

Senja yang indah @Rembau, Negeri Sembilan

Image
Masa drive balik semenyih, pada 2 April 2017 yang lalu, kami lihat traffic jam yang teruk dari selatan menuju utara. Kami exit dari tol simpang ampat, lalu jalan dalam untuk balik rumah di Semenyih. Guna waze lalu jalan raya di rembau, Sempat juga, lalu jalanraya kampung di kawasan sekitar Rembau, Negeri Sembilan ni. Best, suasana kampung yang damai. Kemudian, kami lalu jalanraya rembau-seremban semula, setelah redah jalan kampung. Senja mula muncul. Huh, sangat cantik. Sempat snap gambar satu, masa memandu. Anak dan isteri dibuai mimpi masa tu. Indah senja ciptaan Allah Swt

Selamat Hari Lahir Bapak ke 67!.

Image
Alhamdulillah. Sempat meraikan birthday bapaku baru-baru ni, minggu lepas, 1 April 2017 selepas kenduri kahwin Naim & Amalina di KL. Tarikh keramat ni, 31 Mac 1950, bapaku lahir ke dunia ini. So, masuk tahun ni, dah 67 tahun. Hidup dia memang 'rock n roll' dari dulu, hingga sekarang. Expect the unexpected in life!. Abaikan, bantal leher tu. Khalif, anakku sibuk nak bagi 'hadiah' untuk tok nan. So, dia main ambik je benda tu dari kereta. Emm.. inisiatif yang kreatif.

Perkahwinan Naim & Che Amalina Che Ghani yang best!

Image
Alhamdulillah, kita bertemu kembali. Lama juga tak update blog ni. Pada 1 April 2017, kami hadir majlis resepi perkahwinan Naim & Che Amalina di Dewan Muslimat, Masjid Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.  Tak sempat hadir majlis pernikahan mereka pada 19 Mac 2017 di Kelantan. Isteri ada kelas tambahan di sekolah.  Kisah cinta mereka di alam kampus, hingga ke jinjang pelamin memang unik dan best. Mereka adalah bekas pelajarku yang terlibat dalam projek I-SMART sejak 2010 hingga 2014. Mereka mendewasa, depan mata.