Hari 2 : Danau Toba, Kami Datang! (18 Sept 2024)

Alhamdulillah. 

Kami bangun awal, bersiap-siap dengan rasa gembira untuk ke Danau Toba, maklumlah kali pertama nak ke sana. Sebelum ke sana, kami sarapan kat hotel dulu. 



Sarapan pagi kami unik. Menu sihat banyak mee bihun, sup, ayam termasuk sayur-sayuran dan sebagainya. 



Jam 7.30 pagi waktu sana, kami terus naik kenderaan UMSU bersama Pak Sukma Lesmana dan isteri beliau. Kami terus menuju ke Kaldera Point, Danau Toba yang mengambil masa 4 jam perjalanan ke sana.  Ia melalui pelbagai laluan yang menarik sambil menikmati suasana kampung, bandar-bandar kecil di tepi jalan dan sebagainya. 

Kereta Avanza UMSU terus membawa kami melalui highway dan singgat di Rest area Travoy 65A & 65B Ruas Tol Medan-KualaNamu-Tebing Tinggi sambil ke toilet dan makan-makan sebentar. Tempat rehat yang bersih, selesa dan cantik. 









Selesai makan-makan sikit, beli makanan untuk makan dalam kereta, perjalanan diteruskan.  Kami lihat keindahan tasik semula jadi di pinggir lereng bukit bukau menuju Danau Toba, Tebing Tinggi dari Medan. 







Setelah beberapa jam lamnya, akhirnya kami sampai di puncak The Kaldera Point, Tebing Tinggi,  Danau Toba, Sumut. 


Kebetulan Acheh-Sumut menjadi tuan rumah Pesta Olahraga Nasional semasa kita datang melawat sana. 8-20 Sept 2024. So suasana masih meriah di Medan dan di mana-mana atlet Indonesia daripada pelbagai wilayah bertanding, rehat dan berjalan sana-sini. 


Alhamdulillah. Suasana puncak di The Kaldera Point, Danau Toba, Tebing Tinggi yang dirasmikan oleh Pak Jokowi, Mantan Presiden Indonesia sebelum ini, sangat ingat suasananya, persekitaranya. 


suasana keadaan sekitarnya yang sangat indah, menarik menginap sambil menikmati suasana dana toba 




Abadikan foto kami berdua juga 


Bersama dengan Pak Sukma Lesmana, Ketua Pusat Karir & Alumni, UMSU yang membawa kami ke sini


Best foto ni 


Khalif pun enjoy juga



Suasana alam yang indah. Angin bertuip kuat, tak panas







































Comments

Popular posts from this blog

Hari 1 : Travelling ke Medan Indonesia 2024 Yang Indah

Shasha' Wedding Reception 2014 @ Bangi Golf Resort, Selangor