Posts

Hari 2 : Danau Toba, Kami Datang! (18 Sept 2024)

Image
Alhamdulillah.  Kami bangun awal, bersiap-siap dengan rasa gembira untuk ke Danau Toba, maklumlah kali pertama nak ke sana. Sebelum ke sana, kami sarapan kat hotel dulu.  Sarapan pagi kami unik. Menu sihat banyak mee bihun, sup, ayam termasuk sayur-sayuran dan sebagainya.  Jam 7.30 pagi waktu sana, kami terus naik kenderaan UMSU bersama Pak Sukma Lesmana dan isteri beliau. Kami terus menuju ke Kaldera Point, Danau Toba yang mengambil masa 4 jam perjalanan ke sana.  Ia melalui pelbagai laluan yang menarik sambil menikmati suasana kampung, bandar-bandar kecil di tepi jalan dan sebagainya.  Kereta Avanza UMSU terus membawa kami melalui highway dan singgat di Rest area Travoy 65A & 65B Ruas Tol Medan-KualaNamu-Tebing Tinggi sambil ke toilet dan makan-makan sebentar. Tempat rehat yang bersih, selesa dan cantik.  Selesai makan-makan sikit, beli makanan untuk makan dalam kereta, perjalanan diteruskan.  Kami lihat keindahan tasik semula jadi di pinggir ler...